TAN Sri Ismail Omar.
TAN Sri Ismail Omar.
BERNAMA

TAN Sri Ismail Omar, 67, meletak jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Media Prima berkata, beliau meletak jawatan kerana mahu memberi tumpuan kepada komitmen lain.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ismail memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memegang pelbagai jawatan di beberapa negeri.

Ismail juga adalah Ketua Polis Negara yang kesembilan.

"Di Media Prima, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Digital Sdn Bhd," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 9:50 PM