X
PELANGGAN dapat menikmati faedah menarik seperti Maxis TV, pulangan tunai di laman aplikasi Google Play dan Apple Appstore dan lebih banyak ganjaran.
PELANGGAN dapat menikmati faedah menarik seperti Maxis TV, pulangan tunai di laman aplikasi Google Play dan Apple Appstore dan lebih banyak ganjaran.
Bisnes Metro

MAXIS memperkenalkan Hotlink Prepaid Unlimited dengan Internet dan panggilan tanpa had seiring keperluan pelanggan yang mahukan lebih banyak Internet, kesalinghubungan dan paling penting, nilai lebih tinggi.

Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan Hotlink Maxis, Navin Manian berkata, ini adalah masa yang terbaik untuk melancarkan pelan Hotlink Prepaid Unlimited kerana pelanggan menggunakan Internet pada kadar belum pernah terjadi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Pek ini sesuai untuk golongan muda yang mahukan segalanya dengan meneroka pelbagai kemungkinan bersama rakan mereka serta mereka yang mahukan nilai lebih besar.

"Pelan prayabar tanpa had ini memenuhi keperluan pembayaran, ganjaran dan hiburan mereka dalam era konvergen yang baharu ini dan membolehkan mereka sentiasa ke hadapan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, melalui pelan ini, pelanggan dapat menikmati faedah menarik seperti Maxis TV, pulangan tunai di laman aplikasi Google Play dan Apple Appstore dan lebih banyak ganjaran.

"Ia sesuai dengan gaya hidup Generasi Z yang semakin digital, yang bersedia memanfaatkan ekosistem digital melalui kemahiran yang dipelajari dalam talian dan e-dagang. Untuk itu, mereka memerlukan rangkaian 'Always On' untuk berada di hadapan," katanya.

Menurutnya, selain pelancaran Hotlink Prepaid Unlimited yang baharu, pek SUPERRR Hotlink sedia ada juga akan diperbaharui untuk menjadi Hotlink Prepaid Video, rancangan prabayar terbaik untuk pengguna yang lebih individualistik, yang gemarkan strim video berkelajuan dan berkualiti tinggi untuk kandungan tanpa had.

"Mereka juga dapat menikmati hiburan bertaraf dunia di Maxis TV melalui sachet pas, dengan 10GB percuma setiap bulan pada aplikasi video terpilih, dan 2x Internet percuma untuk video dengan pembelian pas MI," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 7:15 AM