KEMPEN Naza Automall Mid Year Mega Deal tawar diskaun sehingga lima peratus.
KEMPEN Naza Automall Mid Year Mega Deal tawar diskaun sehingga lima peratus.

KUMPULAN Naza melalui Kumpulan Automotif Naza menawarkan harga kenderaan lebih rendah menerusi kempen 'Naza Automall Mid Year Mega Deal' yang diadakan sehingga 15 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, pengguna boleh menikmati penjimatan harga sehingga lima peratus dengan kadar faedah bermula 1.88 peratus selain setahun waranti untuk model-model import terpakai (recond) terpilih.

Kami mengambil peluang tempoh pengecualian cukai daripada kerajaan ini dengan menawarkan harga yang lebih rendah kepada pelanggan yang boleh menikmati penjimatan dan memiliki kenderaan idaman mereka.

"Bagi kemudahan tambahan, kami turut menyediakan platform seperti Facebook dan Instagram untuk pelanggan melihat model-model yang ditawarkan secara dalam talian termasuk melakukan panggilan video yang juga sebagai penyediaan kami ke arah pendigitalan industri automotif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 7:30 AM