PENAPIS Air Kecil Coway sesuai di ruang yang terhad.
PENAPIS Air Kecil Coway sesuai di ruang yang terhad.
Sri Ayu Kartika Amri

COWAY Malaysia terus mempelbagaikan produk keluarannya menerusi pelancaran Penapis Air Kecil untuk pasaran negara ini.

Pengarah Urusannya, Kyle Choi berkata, Penapis Air Kecil dicipta khas bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang menginginkan kualiti udara di kediaman mereka.

Katanya, dengan saiznya lebih kompak dan kecil, model baharu penapis air Coway ini berkuasa tinggi.

"Nama Kecil itu juga diambil sempena nama pepatah Malaysia iaitu 'kecil-kecil cili padi' dan perumpamaan 'sang kancil yang kecil, tetapi bijak.'

"Kami komited untuk memastikan lebih ramai masyarakat di negara ini mampu memiliki penapis air ini dan kami menjangkakan model Penapis Air Kecil Coway akan menjadi penyumbang utama kepada jualan dalam barisan produk yang sama.

"Produk baharu ini juga kami yakin dapat memenuhi trend minimalis dalam kalangan masyarakat urban dan moden kerana ia juga tidak memakan ruang yang banyak," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Penapis Air Kecil secara maya melalui siaran langsung di Facebook Coway Malaysia.

Penapis Air Kecil Coway boleh didapati pada harga ansuran sebanyak RM99 sebulan atau RM3,590 seunit.

Sementara itu, Kyle berkata, pihaknya berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran dua juta pelanggan Coway di negara ini.

"Coway Malaysia mempunyai kira-kira 1.5 juta pelanggan merangkumi pelbagai produk yang memacu kesihatan masyarakat di negara ini," katanya.

"Kami komited memperuntukkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk berkualiti yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 7:00 AM