Tan Sri Dr Ismail Bakar.
Tan Sri Dr Ismail Bakar.
Bisnes HM


BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengumumkan pelantikan Pengerusi baharunya, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkuat

kuasa 1 Ogos 2020.

Beliau menggantikan Datuk Zamani Abdul Ghani yang bersara pada 1 Mac lalu selepas berkhidmat selama sembilan tahun.

Ismail pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-14

pada 29 Ogos 2018 sebelum bersara pada Disember 2019.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan memegang beberapa portfolio penting termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengangkutan serta Pengarah Belanjawan di Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.

Beliau juga adalah Penasihat Kanan kepada Kumpulan Bank Dunia, Washington DC dari tahun 2008 hingga 2010.

Ismail berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dalam kenyataan berkata, Bank Islam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi, Datuk Zamani atas sumbangannya yang sungguh bermakna dalam memajukan Bank Islam.

"Kami amat berbesar hati mengalu-alukan Tan Sri Dr Ismail sebagai Pengerusi baharu lembaga pengarah.

"Dengan pengetahuan dan pengalamannya yang luas

dalam pelbagai portfolio, pelantikan ini tepat pada masanya kerana Bank sedang melakar perjalanan masa hadapannya untuk menjadikan Bank Islam sebagai bank pilihan utama dalam negara. "Kami berharap kepemimpinan beliau akan membawa

Bank ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 5:38 PM