NORADZMAN bersama sebahagian daripada menu Selera Dish.
NORADZMAN bersama sebahagian daripada menu Selera Dish.
Digital HM

NFS Symphony Enterprise, penyedia makanan di bawah jenama Selera Dish komited untuk menjadi pemain utama dalam industri makanan dalam tempoh lima tahun lagi.

Pengasas Selera Dish, Datuk Noradzman Mat Idris berkata, pihaknya juga merancang mengeluarkan produk sedia dimakan dan dimasak.

Katanya, berikutan permintaan yang menggalakkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya turut memfokus kepada jualan atas talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran sendiri.

"Kami menyasarkan 80 peratus jualan akan disumbangkan melalui dalam talian dan 20 peratus secara walk-in, malah syarikat sudah membangunkan laman web bagi memudahkan pelanggan mendapatkan menu kegemaran mereka.

"Selain menawarkan masakan Melayu, Selera Dish juga menerima tempahan mengikut menu yang diinginkan pelanggan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, rata-rata pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan dan menu yang disediakan Selera Dish.

"Kami mempunyai lebih 100 pilihan menu makanan pada harga minimum RM6.90 hingga RM12.90.

"Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kami turut membekalkan makanan bagi majlis keraian di pejabat berkapasiti kecil hingga besar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 7:15 AM