TENGKU Shahputra menunjukkan aplikasi MannGo.
TENGKU Shahputra menunjukkan aplikasi MannGo.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


MANN Ventures Sdn Bhd, syarikat e-hailing tempatan, MannGo menyasarkan mempunyai 6,000 pemandu menjelang akhir tahun ini.

Ketua Operasinya, Tengku Shahputra Tengku Amirfuddin berkata, setakat ini MannGo ada sekitar 2,000 pemandu di seluruh Semenanjung yang memfokus sekitar Lembah Klang.

Katanya, syarikat merancang meluaskan perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Johor suku akhir tahun ini.

"Bermula Januari lalu syarikat mengambil pemandu yang kami gelar sebagai Kawan MannGo dan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) operasi kami terbatas dan sebab itu sekarang kami mula membuka pendaftaran untuk mereka yang ingin menjadi pemandu MannGo.

"MannGo berbeza dengan e-hailing lain apabila kami mengenakan caj perkhidmatan berpatutan dan pemotongan untuk pemandu hanya 15 peratus.

"Selain itu, kami menawarkan program iklan MannGo Ads buat pemandu e-hailing sebagai usaha memberi peluang mereka mempelbagaikan sumber pendapatan," katanya.

Menurutnya, menerusi MannGo Ads, pemandu boleh menjana pendapatan tambahan minimum RM350 sebulan dengan meletakkan iklan di kenderaan mereka.

Shahputra berkata, inisiatif ini memberi pendapatan tetap kepada pemandu dan sejak diperkenalkan Jun lalu sehingga kini lebih 30 kereta mengikuti program ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 7:20 AM