FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Petaling Jaya: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan berita AirAsia Japan akan menggantung semua penerbangan untuk Oktober.

"Saya tidak tahu daripada mana punca cerita ini tetapi apa yang pasti (kami) sentiasa menilai dan menilai semula operasi kami, pada bila-bila masa.

"Kita perlu tunggu dan lihat, tetapi tiada ada yang dirancang pada masa ini (penggantungan operasi)... itu adalah khabar angin," katanya kepada pemberita, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 5:52 PM