Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperluas segmen rangkaian makanan dan minumannya (F&B) menerusi pelancaran [email protected] di stesen Petronas bagi menawarkan sajian premium yang segar, seimbang dan mudah, pada harga bawah RM12.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, konsep baharu ini adalah salah satu usaha berterusan PDB untuk mengembangkan perniagaan bukan berasaskan bahan api di samping meningkatkan pengalaman pelanggan di Kedai Mesra melalui peluasan produk dan perkhidmatan, termasuk pengubahsuaian rangkaian Kedai Mesra.

Katanya, sehingga kini, pihaknya mempunyai tujuh stesen yang menawarkan konsep baharu ini.

"Kami menyasarkan 15 lagi stesen akan menawarkan [email protected] akhir tahun ini, dan lebih 200 lagi menjelang akhir 2021.

"Kami mencuba konsep ini untuk pertama kali di stesen Petronas Jalan Kolam Ayer Lama di Ampang tahun lalu dan melihat peningkatan permintaan untuk makanan on-the-go," katanya di majlis pelancaran [email protected] di Petronas Taman Setiawangsa di sini, hari ini.

Azrul berkata, pihaknya yakin konsep ini dapat diperluas supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman runcit terbaharu di stesen Petronas seluruh negara.

AZRUL (kanan) dan Khalil, menunjukkan antara jenis makanan yang boleh didapati di stesen minyak PETRONAS Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
AZRUL (kanan) dan Khalil, menunjukkan antara jenis makanan yang boleh didapati di stesen minyak PETRONAS Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

"Melalui pengenalan [email protected], kami meningkatkan pengalaman pelanggan dan meluaskan penawaran kami yang kini tidak hanya terhad kepada sarapan sahaja, dengan pilihan lebih berkualiti untuk memastikan pelanggan kami dapat menikmati makanan sedia dimakan yang seimbang sepanjang hari.

"Kami juga berharap untuk mengembangkan menu sedia ada kerana kami sedang meneroka pembekal tempatan berpotensi yang menawarkan makanan dan minuman yang sesuai dengan konsep [email protected]," katanya.

Sebagai tempat untuk mendapatkan makanan berkonsep 'grab-and-go', Kedai Mesra kini menawarkan rangkaian makanan dan minuman yang lebih luas termasuk pastri segar baru dibakar, pencuci mulut dan air melalui [email protected].

Selain itu, Kedai Mesra yang diperbaharui kini menawarkan pendingin, mesin kopi dan ketuhar gelombang mikro untuk kemudahan pelanggan.

[email protected] baharu boleh didapati di Petronas Jalan Kolam Ayer, Petronas MRR2 Ampang, Petronas Cyberjaya 1, Petronas Mutiara Damansara, Petronas Kota Kemuning, Petronas Kota Damansara dan Petronas Taman Setiawangsa.

AZRUL (kiri) dan Khalil melakukan gimik pelancaran ketika majlis pelancaran Makan@Mesra di stesen minyak PETRONAS Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
AZRUL (kiri) dan Khalil melakukan gimik pelancaran ketika majlis pelancaran [email protected] di stesen minyak PETRONAS Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 1:53 PM