Bursa Malaysia. FOTO Arkib NSTP
Bursa Malaysia. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Mesyuarat agung yang dijalankan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia di negeri atau daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya boleh diadakan secara maya sepenuhnya dengan semua pemegang saham akan mengambil bahagian dalam mesyuarat secara dalam talian.

Ini adalah susulan kemas kini kepada Nota Panduan mengenai Tatalaku Mesyuarat Agung untuk Penerbit Tersenarai (Nota Panduan), kata Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan hari ini.

"Kemas kini Nota Panduan itu adalah selaras dengan PKPB yang berkuat kuasa di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 13 hingga 27 Oktober, 2020," katanya.

Menurut SC, Nota Panduan ini diguna pakai untuk semua penerbit yang disenaraikan di BursaMalaysia Securities Bhd.

"Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Nota Panduan yang boleh dimuat turun dari https://www.sc.com.my/regulation/corporate-governance dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected].," tambahnya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 2:18 PM