GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: "Kerajaan digesa memperuntukkan sejumlah dana dalam Belanjawan 2021 yang boleh digunakan untuk aktiviti latihan dan meningkatkan kemahiran terutama untuk pekerja yang diberhentikan berikutan pandemik Covid-19," kata seorang ahli akademik.

Profesor Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Datuk Shazali Abu Mansor berkata, pekerja yang diberhentikan kebanyakannya daripada industri yang terjejas teruk seperti pelancongan, perhotelan dan penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk mencari pekerjaan baharu.

Beliau berkata, memandangkan sukar untuk mendapat pekerjaan baharu berikutan kadar pemulihan yang perlahan dalam dunia korporat selain kepakaran yang terhad, pekerja yang kini kehilangan pekerjaan memerlukan sokongan segera daripada kerajaan.

"Mereka diberhentikan perlu dibantu tanpa mengira dari syarikat mana.

"Bayangkan, apa yang dapat dilakukan kru penerbangan dan juruterbang yang diberhentikan? Kepakaran mereka adalah dalam industri penerbangan.

"Kerajaan perlu bantu. Melatih semula mereka dan memberi elaun latihan. Saya percaya ada syarikat bersedia untuk mengambil mereka," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2020 @ 9:04 AM