FELCRA dan Baladna meneliti peluang bekerjasama dengan FGV Holdings Bhd untuk membangunkan ladang tenusu di Chuping, Perlis.
FELCRA dan Baladna meneliti peluang bekerjasama dengan FGV Holdings Bhd untuk membangunkan ladang tenusu di Chuping, Perlis.

FELCRA Bhd dan Baladna Food Industries di bawah usaha sama strategik bernilai RM2 bilion bakal mengembangkan perniagaan tenusu bersepadu berskala besar dengan penerapan teknologi tenusu terbaharu.

Kerjasama itu akan turut merangkumi pengeluaran makanan ternakan, ladang tenusu dengan 10,000 lembu pemerahan dan kilang pemprosesan yang mampu menghasilkan lebih dari 120 juta liter susu segar pada tahun pertama pengeluarannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu kenyataan berkata satu sesi perbincangan telah diadakan untuk meneliti usaha strategik Felcra bersama syarikat tenusu dan ternakan dari Baladna, Qatar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyertai sesi perbincangan terbabit.

Abd Latiff berkata, bagi memantapkan lagi usaha sama itu, Felcra dan Baladna meneliti peluang bekerjasama dengan FGV Holdings Bhd untuk membangunkan ladang tenusu di Chuping, Perlis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 7:30 AM