RANGKAIAN lapangan terbang MAHB mencatatkan 36.2 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan hingga 30 September.
RANGKAIAN lapangan terbang MAHB mencatatkan 36.2 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan hingga 30 September.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mencatatkan kerugian tahun ini dengan kerugian bersih berjumlah RM319.72 juta pada suku ketiga berakhir 30 September.

Ia berbanding keuntungan bersih RM197.87 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Ini disebabkan penurunan hasil 70.7 peratus kepada RM396.69 juta daripada RM1.36 bilion tahun sebelumnya.

Operasi Malaysia, Turki dan Qatar masing-masing merekodkan penyusutan dalam hasil sebanyak 73 peratus, 67.7 peratus dan 45.5 peratus, katanya menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan sejumlah 36.2 juta penumpang dalam tempoh sembilan bulan hingga 30 September lalu, menguncup 65.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam tempoh sama, laluan trafik kumpulan untuk penumpang antarabangsa dan domestik, masing-masing merosot 73.6 peratus dan 58.2 peratus, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 8:27 AM