Projek Solar Berskala Besar yang dibiayai Affin Islamic.
Projek Solar Berskala Besar yang dibiayai Affin Islamic.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Affin Islamic Bank Bhd (AFFIN ISLAMIC), anak syarikat milik penuh Affin Bank Bhd (AFFINBANK), meraih Anugerah Khas bagi Pembiayaan Tenaga Lestari (Kategori Pembiayaan Islamik) sempena Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA 2020) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN ISLAMIC, Nazlee Khalifah berkata, pencapaian itu melambangkan komitmen dan sokongan perbankan itu yang berterusan terhadap inisiatif kerajaan bagi memacu projek tenaga lestari di Malaysia.

"Ia sejajar dengan usaha pihak bank ke arah perantaraan berasaskan nilai dan fokus Kumpulan AFFIN ke arah aspek Tadbir Urus, Alam Sekitar dan Sosial (ESG)," katanya dalam kenyataan hari ini.

NEA 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) adalah acara tahunan bagi mengiktiraf pencapaian terbaik dan cemerlang dalam memacu agenda tenaga lestari negara.

Pemenang NEA 2020 dipilih menerusi penilaian teliti merangkumi tiga kategori iaitu Kecekapan Tenaga (EE), Tenaga Boleh Baharu (RE) dan Anugerah Khas.

Nazlee berkata, sehingga kini, AFFIN ISLAMIC telah menawarkan pembiayaan kepada syarikat di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

"Pihak bank turut memberikan pembiayaan kepada dua projek Solar Berskala Besar atau 'Large-Scale Solar' di Malaysia. Sokongan terhadap syarikat ini wajar memandangkan setiap pelaburan dalam pembiayaan hijau adalah penting ke arah masa depan kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 9:25 PM