Antara produk tempatan yang dijual di Kedai Mesra. FOTO PETRONAS
Antara produk tempatan yang dijual di Kedai Mesra. FOTO PETRONAS
Nurmastura Zulkafli

SERANGAN pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia awal tahun lalu, menyebabkan lebih 30,000 perusahaan SME terpaksa gulung tikar

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, industri pelancongan yang menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada KDNK negara, mengalami kerugian RM45 bilion pada separuh pertama tahun 2020.

Sehingga Oktober sahaja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan 90,000 individu kehilangan pekerjaan dengan peningkatan 278 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi mengatasi bebanan yang terpaksa ditampung peniaga, kerajaan melaksanakan pakej rangsangan ekonomi untuk membantu perusahaan dan individu yang terjejas.

Banyak syarikat turut tampil membantu dan memberi sokongan kepada perniagaan tempatan, institusi kesihatan dan golongan yang kurang berkemampuan bagi mendepani situasi yang sukar dan pada masa yang sama mengajak rakyat Malaysia untuk menyokong produk keluaran tempatan.

Tidak ketinggalan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melaksanakan kempen Love Local sebagai inisiatif sejajar dengan saranan menggalakkan rakyat membeli barangan lokal.

Melalui kempen ini pengguna boleh menebus pelbagai produk tempatan yang ditawarkan hanya dengan membuat perbelanjaan minimum di PETRONAS.

Bersama jana ekonomi negara 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman. -FOTO PETRONAS

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Azrul Osman, sebagai jenama tempatan, mereka berbangga dengan kemampuan dan sumber negara ini.

"Kami gembira apabila mengetahui rangkaian produk bahan bakar Primax, menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

"Kempen ini bertujuan memberikan kesedaran yang lebih besar mengenai jenama tempatan seperti PETRONAS yang mempunyai kualiti setanding jenama global. Kami berharap dapat memupuk rasa bangga dalam kalangan rakyat dengan kemampuan negara dan seterusnya bersama-sama membantu pemulihan ekonomi negara," katanya.

Dalam pada itu, PETRONAS baru-baru ini melancarkan bahan bakar terbaiknya PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk memberi kekuatan dan prestasi enjin yang tiada bandingan.

Love Lokal tawar jenama tempatan berkualiti

Dengan lebih 350 vendor berdaftar di bawah PDB termasuk F&B, [email protected], pelbagai rangkaian produk berkualiti kini boleh didapati di Kedai Mesra.

Melalui kempen Love Local setiap pelaburan yang dilakukan akan menyumbang kembali kepada ekonomi domestik kerana ia hanya menawarkan produk dan perkhidmatan tempatan.

Sejak dilancarkan pada bulan September 2020, Love Local telah berkerjasama dengan lebih 50 jenama tempatan dengan menawarkan produk daripada F&B, kesihatan dan kecantikan serta hotel dan pelancongan.

Belanja dan tebus produk lokal

Bagi menebus tawaran ini, pengguna hanya perlu berbelanja minimum RM30 untuk jenama bahan bakar tempatan PETRONAS Primax dan Dynamic Diesel atau barangan di Kedai Mesra

Kemudian layari www.lovelocal.com.my, muat naik resit dan semak tawaran seluruh negara.

Lokalkan diri anda dan sama-sama menyokong inisiatif Love Local bagi membantu peniaga tempatan dan meningkatkan ekonomi tempatan. 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.lovelocal.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 9:38 AM