DR Zulkifli. FOTO BERNAMA
DR Zulkifli. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Kewangan hari ini membincangkan beberapa penambahbaikan dalam tadbir urus Lembaga Tabung Haji (LTH) termasuk pelaksanaan model baharu operasinya.

Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, perkara itu dibincangkan dalam sidang video bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan model baharu operasi LTH, semakan semula ketetapan jaminan kerajaan dan pindaan Akta 535 (Akta Tabung Haji 1995).

"Ini merupakan inisiatif berterusan kerajaan di samping Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan, demi menjamin kelestarian LTH untuk jangka masa panjang," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Jelas Zulkifli, inisiatif dan usaha itu dibuat bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan LTH kembali kepada matlamat asal penubuhannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 7:56 PM