YES jenama milik YTL Communications terus memperhebatkan inisiatif Kasi Up dengan penambahan lagi 150 juta GB data percuma dalam tempoh PKP 2.0
YES jenama milik YTL Communications terus memperhebatkan inisiatif Kasi Up dengan penambahan lagi 150 juta GB data percuma dalam tempoh PKP 2.0

YES jenama milik YTL Communications terus memperhebatkan inisiatif Kasi Up dengan penambahan lagi 150 juta GB data percuma dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Data percuma itu boleh didapati menerusi program YES DATABACK yang menawarkan data percuma kepada pengguna apabila mereka membeli-belah dalam platform rakan perniagaan YES.

YES DATABACK ketika ini boleh didapati secara eksklusif di Shopee dan pelanggan Shopee akan menikmati 5GB data percuma dengan setiap pembelian berjumlah RM50 di Shopee dan menerima sehingga 100GB setiap bulan.

Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, data pada hari ini dianggap sebagai salah satu keperluan hidup sama seperti elektrik dan air.

"Semua orang memerlukan data untuk berhubung dengan orang yang tersayang, meneruskan pembelajaran, menjalankan urusan perniagaan, menyertai ekonomi Internet dan membeli barang keperluan harian.

"Inisiatif Kasi Up membolehkan kami untuk memberikan data yang sangat diperlukan kepada rakyat.

"YES DATABACK bukan saja memberikan akses data kepada rakyat, ia turut membolehkan mereka berjimat tanpa perlu melanggan pelan data yang mahal," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pelanggan boleh menuntut data percuma serta-merta di mana setiap pembelian yang dibuat melalui Shopee mulai Disember tahun lalu layak untuk menerima ganjaran YES DATABACK.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 7:30 AM