PENGARAH Pelanggan Tesco, Vivian Yap
PENGARAH Pelanggan Tesco, Vivian Yap

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk istimewa sempena Tahun Baharu Cina, melalui kempen 'Ong Sana, Ong Sini' yang berlangsung sehingga 24 Februari nanti.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Tesco juga akan mengadakan sesi siaran langsung di Facebook pada 22 Januari ini selama 12 jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang akan menawarkan pelbagai produk pada harga istimewa.

Pengarah Pelanggan Tesco, Vivian Yap berkata, kempen kali ini diadakan dalam suasana mencabar berikutan pandemik Covid-19.

"Perayaan Tahun Baharu Cina kali ini dinanti-nantikan bagi menandakan permulaan yang baik selepas berdepan tempoh mencabar tahun lalu.

"Kerana itu kempen 'Ong Sana, Ong Sini' memberi ruang kepada pelanggan untuk mendapatkan pelbagai tawaran dari Tesco pada harga yang memuaskan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, tidak akan bermakna sambutan Tahun Baharu Cina tanpa majlis makan malam bersama keluarga yang sinonim dengan perayaan ini.

"Bagi memberikan pengalaman menarik bersama keluarga yang bermakna, Tesco akan membawakan antaranya udang kara Kanada sejuk beku pada harga RM49.88 setiap satu, udang Australia (RM38.88 per/kilogram) serta abalone (RM3.88 setiap satu).

"Selain itu, kami turut menawarkan jenama Tesco (TOB) yang 90 peratus dihasilkan di Malaysia.

"Melalui pembelian produk TOB, ia secara tidak langsung menyatakan sokongan kepada peniaga tempatan yang mungkin terjejas akibat pandemik Covid-19," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:50 AM