KAD Kredit RHB Shell Visa/-i beri lebih  ganjaran kepada pelanggan.
KAD Kredit RHB Shell Visa/-i beri lebih ganjaran kepada pelanggan.

RHB Banking Group (RHB) dan Shell Malaysia bekerjasama dengan Visa melancarkan Kad Kredit RHB Shell Visa/-i.

Ia memberi kemudahan, fleksibiliti dan ganjaran kepada pelanggan bagi pembelian dalam talian dan luar talian melalui satu kad kredit.

  Menerusi kenyataan bersama, ketiga-tiga pihak menjelaskan, ia hasil perkongsian strategik jangka panjang RHB dan Shell untuk pengguna di Malaysia.

  "RHB berharap dapat mempercepat perolehan kad kredit kami melalui perkongsian jangka panjang dengan peneraju pasaran terkenal, Shell dan Visa, dengan sasaran 100,000 permohonan baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang," kata Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli.

  Beliau berkata, kad baharu itu memenuhi keperluan pengguna yang berkembang.

Pada masa sam,a katanya, ia memudahkan pengalaman pelanggan dengan menggabungkan ganjaran untuk perbelanjaan bahan api dan bukan bahan api, menerusi satu kad kredit.

  Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain pula berkata, ini cara Shell membantu pelanggannya dengan mengutamakan keperluan pengguna dalam situasi semasa ini.

"Menerusi syarat pendapatan bulanan minimum yang rendah dan ganjaran tunai untuk petrol, barangan runcit, utiliti, tambah nilai e-dompet dan pembelian dalam talian, kad ini memberikan fleksibiliti kredit kepada pelanggan yang sangat penting memandangkan kita semua mengharungi kesan pandemik yang menjejaskan ekonomi," katanya. -Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 7:00 AM