TAI (kiri) dan Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis, Tan Lay Han pada pelancaran secara maya  kempen terbaharu Maxis.
TAI (kiri) dan Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis, Tan Lay Han pada pelancaran secara maya kempen terbaharu Maxis.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

MAXIS komited membolehkan rakyat Malaysia terus berhubung melalui kesalinghubungan digital dan media sosial dengan menawarkan pelbagai ganjaran sempena Tahun Baharu Cina (CNY).

Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, kumpulan sentiasa memahami kehendak pengguna khususnya dalam norma baharu ketika ini untuk terus berhubungan dengan orang tersayang.

Katanya, bagaimanapun keutamaan berubah sejak kebelakangan ini.

"Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia perspektif berbeza dan makna sebenar perayaan yang sering kali diabaikan termasuk kesihatan diri dan orang disayangi.

"Justeru, Maxis tetap komited menyokong keperluan negara dan pelanggan dengan pelbagai inisiatif," katanya pada majlis pelancaran kempen #MaxisHealthytoHuat secara maya, semalam.

Melalui kempen itu, Maxis turut menganjurkan peraduan di media sosial #MaxisHealthytoHuat yang diilhamkan oleh tarian singa dan memberi peluang orang ramai memenangi telefon bimbit 5G.

Tai berkata, dalam semangat perayaan, peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mana peserta perlu merakam video lakonan lima pergerakan (The Horse Stance, The Lion Leaps, The Lion's Drum Beat, The Lion Stands Tall dan The Lion's Strike) secara kreatif.

Muat naik seberapa banyak video di Facebook Maxis dengan tanda pagar #MaxisHealthytoHuat.

Pemenang berpeluang memenangi telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G, bernilai RM7,999.

Terdapat 15 telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G untuk dimenangi bagi peraduan ini.

Selain itu, Maxis dan Hotlink juga memberi ganjaran kepada pelanggannya dengan menawarkan lebih banyak promosi dan nilai hebat sempena CNY.

Ia termasuk Promo Maxis untuk pelanggan pascabayar Maxis yang membolehkan mereka membeli telefon baharu dengan harga RM1 apabila mereka mendaftar talian tambahan.

Manakala, pelanggan Maxis Business Postpaid boleh mendapat telefon pintar baharu secara percuma apabila mereka mendaftar talian tambahan, mulai sekarang hingga 4 Mac depan.

Sementara itu, pelanggan juga dapat menikmati hadiah khas e-baucar GrabFood dan Lazada bernilai RM10 pada aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid pada 12 Februari ini, sementara stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 7:09 AM