IDEA James dalam menzahirkan High Line di Manhattan.
Susunan Hartini Mohd Nawi
hartini@hmetro.com.my


Sesiapa pun pasti teruja apabila landskap dikete­ngahkan menepati cita rasa dan keperluan anda.

Kerjaya landskap arkitek sebenarnya sudah lama bermula cuma dulunya hanya dikenali dengan pelbagai nama termasuk pakar kebun, pereka tempat dan pereka landskap kebun.

Andre Le Notre (1613 -1700) dari Perancis umpama antara arkitek landskap yang banyak memberikan pengaruh dan idea seni taman.

Khidmatnya digunakan Louis XIV untuk mencipta istana Versailles dan Gardens of Versailles.

Pada masa sama Andre membawa gaya Renaissance.

Seterusnya Lancelot ‘Capability’ Brown (1716 -1783) pula antara arkitek landskap yang paling dikagumi.

Antara ideanya termasuk Temple Newsam di Yorkshire, Petworth di West Sussex dan Compton Verney di Warwickshire.

Lancelot cuba ‘mele­nyapkan’ taman formal sebaliknya mewujudkan landskap taman semula jadi hingga kemudiannya menjadi ikon orang Inggeris.

Idea taman Lancelot turut dicontohi di seluruh dunia termasuk Englischer Garten di Munich, Hagaparken di Stockholm dan Parc Monceau, di Paris.

Sementara itu, Thomas Jefferson (1743 -1826) juga dianggap sebagai arkitek landskap yang juga hebat.

Menariknya beliau turut mencipta pelan induk berpengaruh untuk kampus Universiti Virginia, Charlottesville, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kesan paling besar kepada landskap Amerika Syarikat adalah perancangan bandar yang rasional.

William Wordsworth (1770-1850) pula turut mereka bentuk taman kediaman rakannya selain idea pemuliharaan landskap.

Selain itu, Frederick Law Olmsted (1822-1903) dikatakan antara ‘bapa’ pengasas profesion seni bina landskap.

Frederick cuba mencipta taman unik di bandar besar dan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesan perindustrian serta urbanisasi.

Pada masa sama beliau turut terkenal dalam kempen untuk memelihara landskap kesan dari pembangunan.

Malah Thomas Dolliver Church (1902-1978) juga antara pereka landskap yang tidak kurang hebatnya.

Beliau antara pereka California dengan idea landskap luar biasa.

Selain turut dianggap sebagai tokoh penting dalam ‘kebangkitan’ reka bentuk landskap moden pada pertengahan abad ke-20.

Tidak ketinggalan James Corner yang dilahirkan pada 1961 turut dikenali ramai berikutan kejayaan projek High Line di Manhattan, New York City, Amerika Syarikat.

Projek itu menjadikan laluan kereta api terbengkalai sebagai sebuah taman linear yang dikunjungi sekitar empat juta orang setahun.

Menariknya, Kongjian Yu pula cuba mewujudkan idea landskap yang luar biasa di China termasuk di Zhongshan Shipyard Park.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2017 @ 10:59 AM