UBAH suai dan suntik nafas baru pada hiasan dalaman dengan sentuhan cat semburan Pylox Lazer.
Nor Hanisah Kamaruzaman

2017 bakal melabuhkan tirai bagi membuka lembaran baru untuk 2018 yang akan tiba kurang 30 hari lagi.

Untuk melengkapi azam tahun baru, pasti terlintas di fikiran mungkin ada yang mahu mengubah suai kediaman bagi mewujudkan semangat dan suasana berbeza.

Namun, pembaharuan ruang kediaman tidak memerlukan perubahan yang drastik malah dengan pilihan tema warna dapat mencipta kelainan.

Guna semula atau perbaharui hiasan sedia ada dengan melakukan kaedah lakukan sendiri (DIY) nyata berbaloi kerana ia bukan saja menjana kreativiti tapi dalam masa sama dapat meluangkan masa bermanfaat bersama keluarga.

Cat semburan Pylox keluaran Nippon Paint antara penyelesaian mudah bagi pemilik kediaman yang inginkan kemasan berkualiti.

Selain itu, ia juga mudah dikendalikan dan sesuai bagi sesiapa saja yang baru pertama kali melakukan DIY serta menggunakan cat semburan.

Rangkaian cat semburan Pylox menawarkan tiga pilihan dengan tiga fungsi berbeza iaitu Pylox Lazer, Pylox Lacquer dan Pylox Easy Pro.

Bagi demonstrasi DIY kali ini, pakar cat Nippon Paint mencadangkan penggunaan Pylox Lazer yang sesuai dimiliki setiap pemilik kediaman.

Pylox Lazer tahan lasak dan sesuai digunakan bagi hiasan dalam serta luar rumah selain mampu meliputi pelbagai jenis permukaan termasuk logam, kayu, plastik serta kotak.

Berikut tip yang dikongsikan Nippon Paint bagi memberi idea untuk menyuntik kelainan pada bekas tin atau pasu yang sedia ada:

1. Persiapan

Pastikan permukaan bekas tin yang ingin disembur dengan cat berada dalam keadaan bersih. Sekiranya perlu, basuh permukaan bekas sehari sebelum proses mengecat dan keringkan.

Sediakan peralatan yang diperlukan seperti surat khabar, pita perekat, gunting, Pylox Lazer dan pelarut.

Susun surat khabar di bawah permukaan bekas tin yang ingin dicat bagi memastikan lantai atau meja tidak terkena cat semburan.

2. Reka ikut kreativiti

Anda boleh mengecat semula bekas tin berkenaan secara keseluruhan bagi menghasilkan kesan warna tunggal.

Sekiranya warna perak bekas tin masih dalam keadaan baik, kekalkan saja dan gabungkan dengan rona pilihan.

Perak adalah warna neutral dan sesuai digabungkan dengan hampir semua warna.

Pasang pita perekat dalam bentuk garisan ‘zig zag’ atau corak yang diingini di sekeliling bahagian luar bekas tin.


1. PASANG pita perekat pada bekas tin bagi mengekalkan sebahagian warna asal selain menghasilkan corak pada bekas tin itu.

3. Memulakan semburan

Selepas pita perekat siap dipasang dengan kemas, mulakan proses semburan.

Sebaiknya, bekas tin itu dibaringkan supaya cat semburan tidak terkena pada bahagian dalam bekas.

Pegang cat semburan Pylox Lazer pada kedudukan 45 darjah daripada bekas tin itu dengan jarak 30 sentimeter.

Pastikan tekanan pada semburan tidak terlalu kuat supaya kemasan cat sekata.


2. SEMBUR pada permukaan luar bekas tin dalam kedudukan cat 45 darjah dan jarak 30 sentimeter daripada bekas tin.

4. Jemur dan siap

Sebarang produk yang siap dicat perlu dijemur sekitar 30 minit hingga sejam di bawah matahari bagi memastikan ia kering sepenuhnya.

Sekiranya cat semburan terkena pada bahagian yang tidak diingini seperti dalam bekas tin, gunakan pelarut ketika cat masih basah supaya mudah ditanggalkan.

Pastikan ia kering sepenuhnya sebelum membuka pita perekat bagi mengelakkan ada cat yang tertanggal bersama pita perekat berkenaan.

Hasilnya, bekas tin yang sama cuma dengan sentuhan warna emas melengkapi warna perak menghasilkan rupa elegan dan glamor yang baru.


3. PASTIKAN bekas tin yang dijemur kering sepenuhnya sebelum membuka pita perekat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 10:30 AM