6 dijangka popular tahun ini untuk hias ruangan kediaman.
Susunan Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my


Apabila memiliki rumah idaman, sudah pasti kita mahukan kediaman itu selesa dan kelihatan ceria dengan dekorasi yang boleh bertahan lama. Tidak dinafikan trend memainkan peranan besar dalam proses dekorasi.

Trend hiasan dalaman sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kita perlu peka dengan trend semasa dan sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini. Malah, hiasan dalaman turut mencerminkan personaliti pemilik kediaman.

Berikut trend hiasan dalaman dijangka popular tahun ini. Mungkin anda boleh pilih satu daripada inspirasi gaya ini untuk menghias ruangan kediaman.

1. Terrazzo

Terrazzo adalah kemasan lantai dan dinding yang popular pada 1970-an dengan corak tompokan marmar dan kini ia muncul kembali. Berdasarkan data dari Pinterest, pengguna yang melayari gambar dengan corak ‘terrazzo’ meningkat 300 peratus. Corak marmar bertaburan ini juga boleh digunakan pada siling, lorong pintu masuk mahupun perkakas rumah.

2. Logam tempa

Logam tempa sangat serasi dengan semua warna. Namun, meletakkan kemasan berlainan pada logam tempa menaikkan lagi impak material ini. Menghias ruang dengan bingkai gambar logam berwarna perak atau emas, malah meja kopi dengan dulang tembaga memberikan perasaan kembali ke zaman silam.

3. Ketidaksempurnaan

Wabi-sabi adalah falsafah gaya hidup baru dalam 2018. Perkataan ini diambil daripada falsafah Jepun lama berkaitan mencipta kedamaian menerusi ketidaksempurnaan di rumah. Konsep ini kemudian diadaptasi ke dalam trend dekorasi bermaksud menghargai cela di rumah yang menjadikannya tampak asli seperti lekukan pada dinding sehinggalah calaran lantai kayu.

4. Tiang tirus

Kaki perabot kayu digantikan dengan rekaan bentuk logam nipis seperti kerusi, meja dan sofa, menampilkan tiang sokongan yang lebih halus. Kaedah ini menghasilkan perabot yang mempunyai nilai utiliti lebih tinggi dan penampilan lebih minimalis.

5. Rona hangat

Warna hangat menjadikan ruangan kediaman lebih minimalis dan berinspirasikan Skandinavia. Penggunaan warna sebegini juga tidak mengganggu konsep lain, malah menambah keselesaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Mac 2018 @ 12:34 PM