RUMAH bersejarah ini kemudian dipulihkan dan dijadikan muzium.
Susunan Hartini Mohd Nawi

Frank Lloyd Wright Home and Studio sebuah rumah bersejarah yang direka arkitek tersohor dunia, Frank Lloyd Wright.

Terletak di 951 Chicago Avenue di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat, rumah itu kemudian dipulihkan dan dijadikan muzium oleh Frank Lloyd Wright Trusting Preservation sebagai tarikan pada tahun 1909.

Arkitek tersohor itu membina rumah berkenaan pada 1889 dalam bentuk pinjaman daripada majikannya, Louis Sullivan.

Beliau ketika itu berusia 22 tahun dan kemudian rumah itu tersenarai dalam National Register of Historic Places pada 1972 dan diisytiharkan sebagai Landmark Bersejarah Negara empat tahun kemudian.

Struktur asal 1889 itu agak kecil namun diubah suai secara meluas pada 1895. Keadaan ruang dapur diperbesar dan diubah menjadi ruang makan, lantai di tingkat atas diperluas serta diubah suai menjadi ruang tamu.


DIUBAH SUAI secara meluas pada 1895.

Seterusnya tambahan kedua yang dilakukan pada 1898, apabila studio dan rumah itu dihubungkan menerusi binaan koridor khas.

Lebih membanggakan rumah itu turut menerima Anugerah Kebangsaan Kehormat Institut Arkitek Amerika.

Ruang dalam rumah itu turut dihiasi ukiran dengan dekorasi ‘anti-Victoria.’

Di studio, perincian fungsi ruang diketengahkan sebaiknya termasuk ruang kerja dengan pencahayaan inovatif dan sempurna.

Kebanyakan arca di bahagian luar rumah dan studio pula direka rakan Frank iaitu Richard Bock.


LEBIH membanggakan rumah ini turut menerima Anugerah Kebangsaan Kehormat Institut Arkitek Amerika.

Frank Lloyd Wright

Frank Lloyd Wright (1867 -1959) adalah arkitek Amerika, pereka dalaman, penulis dan pendidik, yang merancang lebih daripada 1,000 struktur dan 532 siap dibina.

Beliau percaya kepada reka bentuk struktur harmoni dengan kemanusiaan dan persekitarannya, falsafah yang dipanggil seni bina organik.

Falsafah ini kemudian dizahirkan pada kediaman di atas air terjun yang dinamakan Fallingwater (1935) sekali gus diangkat sebagai seni bina terbaik Amerika Syarikat terbaik sepanjang masa. Tempoh kreatifnya melebihi 70 tahun dan berjaya menghasilkan 20 buku berkaitan seni bina.

Bakat dan kepakarannya turut diiktiraf Institut Arkitek Amerika sebagai arkitek Amerika Syarikat paling hebat sepanjang masa.


NAMA Frank turut diabadikan sebagai tatapan pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Jun 2018 @ 8:12 AM