NOMBOR rumah gaya industrial.
Nurul Husna Mahmud


Hiasan pada nombor rumah mungkin pada segelintir orang ia tidak penting kerana ia dilihat sekadar panduan mereka yang mencari lokasi atau alamat kediaman seseorang.

Sebaik-baiknya paparan nombor itu perlulah jelas dan ‘bonus’ jika tampil dalam rekaan unik kerana ia mampu menambah seri pada paparan hadapan rumah. Di sini ada empat cadangan rekaan paparan nombor rumah yang boleh dijadikan panduan;

1. Nombor rumah gaya industrial

Kini rekaan rumah moden gemar memilih kepada gaya industri.

Paparan nombor rumah dengan paku pada plat kayu boleh memberi gambaran awal mengenai deko dalaman.


NOMBOR rumah dengan gaya moden pertengahan abad (era 1945 hingga 1980).

2. Nombor rumah dengan gaya moden pertengahan abad (era 1945 hingga 1980)

Gaya sederhana pada potongan lebih simetri adalah antara ciri biasa dilihat pada tema rekaan moden pertengahan abad.

Untuk tambahkan elemen ‘wow’ pada gaya nombor ini sebaiknya pemilihan material iaitu medium kayu sebagai tapak dan material besi tahan karat boleh membantu.

Letakkan lampu di atas nombor membantu fokus dan serlahkan gaya moden berkenaan.


NOMBOR rumah gaya desa Inggeris moden.

3. Nombor rumah gaya desa Inggeris moden

Rumah yang tampilkan penggunaan kayu untuk tonjolkan ciri kedesaan Inggeris atau gaya Eropah tampak sesuai dengan nombor rumah diperbuat daripada palet terbabit.

Nilai tambah yang boleh diberikan pada perincian berkenaan ialah tanaman tiruan untuk memberi seri dan kelainan pada rekaan nombor terbabit.


NOMBOR rumah dengan gaya minimalis moden.

4. Nombor rumah dengan gaya minimalis moden

Salah satu cara terbaik menata rias rumah ialah dengan pemilihan gaya minimalis moden. Sepadan dengan itu seharusnya paparan hadapan juga tampil gaya sederhana, tetapi unik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 8:52 AM