REPLIKA kincir air yang menyamai kincir air terkenal di bandar lama Lijiang.
REPLIKA kincir air yang menyamai kincir air terkenal di bandar lama Lijiang.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KEINDAHAN bandar lama Lijiang yang terletak di daerah Yunnan, selatan China menggamit kehadiran ramai pelancong dari seluruh dunia.

Panorama menarik alam semula jadi bandar itu yang dikelilingi sungai dan Gunung Jade Dragon Snow jelas sekali menyajikan landskap indah untuk pengunjung.

Apa yang menariknya mengenai bandar itu ialah ia masih mengekalkan rekaan unik seni bina lama yang menjadi kebanggaan dan warisan budaya penduduk di situ.

Jadi, tidak hairan jika Lijiang turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1997.

Keindahan panorama bandar Lijiang itu turut menjadi inspirasi pusat beli-belah fesyen borong terbesar di Malaysia, KWC Fashion Wholesale untuk menyediakan dekorasi menarik sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengunjung KWC Fashion Wholesale pasti terpukau dengan hiasan menarik pemandangan dalam kedai cenderamata, lorong sekitar Lijiang, kincir air yang menjadi mercu tanda bandar lama itu dan banyak lagi.

Menurut Pengurus Promosi dan Periklanannya, Wendy Lam, hiasan dekorasi berkenaan disediakan untuk tatapan pengunjung pusat beli-belah itu sehingga 9 Februari depan.

WENDY menunjukkan dekorasi menarik ala bandar lama Lijiang di KWC Fashion Wholesale sempena Tahun Baharu Cina.
WENDY menunjukkan dekorasi menarik ala bandar lama Lijiang di KWC Fashion Wholesale sempena Tahun Baharu Cina.

Sebagai syurga beli-belah bagi peminat fesyen, KWC Fashion Wholesale komited dalam menyediakan yang terbaik untuk pengunjung.

“Kami mahu pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa dengan dekorasi hiasan menarik untuk menjamu mata,” katanya.

Pusat beli-belah fesyen borong yang menyediakan lebih 800 lot niaga seluas 500,000 kaki persegi itu adalah hab sehenti untuk penggemar fesyen kerana semuanya ada di bawah satu bumbung.

Ia menawarkan pelbagai jenis fesyen untuk semua peringkat umur, aksesori, kelengkapan haji dan umrah, pakaian pengantin, hadiah serta barangan keperluan penjagaan diri dengan fasiliti yang mesra pengunjung.

Walaupun menawarkan perniagaan borong, KWC Fashion Wholesale turut dilengkapi kemudahan dewan acara seluas 32,065 kaki persegi, restoran, surau, khidmat perbankan dan banyak lagi.

Pendek kata, apa yang anda perlukan semuanya ada di pusat beli-belah ini !

PINTU masuk utama yang turut dihiasi dekorasi yang bertemakan keindahan bandar Lijiang.
PINTU masuk utama yang turut dihiasi dekorasi yang bertemakan keindahan bandar Lijiang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 January 2020 @ 8:28 PM
Digital NSTP Subscribe