BUNGA mampu indahkan ruang meja.
BUNGA mampu indahkan ruang meja.
Nurul Husna Mahmud


DI meja makan selalunya aktiviti sosial berlaku, baik makan bersama keluarga atau menjamu kenalan yang berkunjung ke rumah.

Melihat kepada kepentingan itu, wajar ruang ini diberi penataan supaya tampak santai dan indah.

Tidak hanya bergantung kepada motif alas meja semata-mata, ruang ini perlukan sedikit sentuhan aksesori yang mampu menaikkan serinya. Di sini lima aksesori yang dapat membantu:

1. Pokok bunga

Cara ini popular kerana ia boleh memberi pesona yang mesra selain menyenangkan pada pandangan mata. Ia boleh diselaras sama ada bunga hidup atau yang palsu asal gubahan serta saiz sepadan dengan ruang.

2. Pasu hiasan

Selain bunga, pasu hiasan antara aksesori boleh membantu merubah suasana meja mengikut tema atau ‘mood’ diingini pemilik kediaman. Fokus pada perincian, material, potongan dan rekaan supaya aturan pasu tidak janggal apabila diletakkan di tengah meja.

SEMANGKUK buah-buahan dekorasi relevan pada meja makan.
SEMANGKUK buah-buahan dekorasi relevan pada meja makan.

3. Mangkuk buah-buahan

Sudah semestinya raga atau mangkuk yang dipenuhi pelbagai buah-buahan boleh melengkapkan pemandangan meja makan. Tampak lebih semula jadi, selain warna buah-buahan yang menyegarkan menaikkan sering ruang itu.

Cuma, elakkan terlalu sarat dengan pelbagai jenis dan sebaiknya pilih tiga hingga empat jenis untuk tampak ia lebih kemas.

4. Dulang

Dulang juga mempunyai pelbagai warna, saiz dan potongan membuatkan ia satu lagi pilihan aksesori sesuai di meja makan. Pilih perincian dulang yang sepadan dengan dekorasi ruang itu sendiri.

5. Lilin

Kalau dalam drama dari barat, lilin adalah salah satu kaedah untuk hias ruang meja. Ini kerana selain suntik elemen romantik, lilin dibakar memiliki ‘ekstrak’ wangian bunga dan herba boleh memberi aroma menenangkan. Bagi menyerlahkan lagi suasana gunakan kaki lilin mempunyai perincian yang menarik dan unik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:46 AM
Digital NSTP Subscribe