X
SENTUHAN warna hijau lembut dan bumi dengan sedikit merah jambu menghiasi ruang tamu kediaman Norazlina dan Fathullah. FOTO Aziah Azmee
SENTUHAN warna hijau lembut dan bumi dengan sedikit merah jambu menghiasi ruang tamu kediaman Norazlina dan Fathullah. FOTO Aziah Azmee
Rosyahaida Abdullah

KESEPADANAN kombinasi warna antara ciri yang sering kali berjaya menambat pandangan mata tatkala melihat dekorasi sesebuah kediaman.

Meskipun perabot dan aksesori yang disuai padan mungkin berbeza konsep atau tema, pemilihan warna yang tepat dengan susun atur minimalis sedikit sebanyak mempengaruhi ‘mood’ sudut dalaman kediaman terbabit.

Ia membantu memperlihatkan ruang sempit nampak luas malah perabot murah juga mampu kelihatan mewah.

Tidak hairanlah pilihan Norazlina Abd Aziz dan suaminya, Fathullah Saufi Mohamad berjaya memukau mata penulis sewaktu melangkah masuk ke kediamannya, baru-baru ini.

Memberi tumpuan kepada warna bumi dan hijau lembut dengan sedikit merah jambu sebagai tambahan, rumah teres dua tingkat di Rawang, Selangor milik pasangan berusia 41 tahun ini cukup menyerlah menerusi penataan warna pastel dan susun atur ringkasnya.

Malah, setiap sudut dalam kediaman mereka turut dimanfaatkan untuk fungsi tertentu menjadikan tiada pembaziran ruang di mana-mana namun tidak pula nampak sarat.

Bagi pasangan guru dan pengurus jualan ini, seawal mendirikan rumah tangga lagi keutamaan sudah diletakkan untuk menghiasi ruang dalaman kediaman mereka bagi mewujudkan rasa tenang dan selesa sewaktu berada di rumah.

Baik rumah sewa mahupun milik sendiri, seboleh mungkin mereka akan memastikan rumah yang didiami berada dalam keadaan bersedia menerima tetamu pada bila-bila masa.

HIASAN pokok hidup mengiringi laluan ke pintu masuk kediaman. FOTO Aziah Azmee
HIASAN pokok hidup mengiringi laluan ke pintu masuk kediaman. FOTO Aziah Azmee

WARNA biru pilihan bilik tidur anak lelaki dan neneknya. FOTO Aziah Azmee
WARNA biru pilihan bilik tidur anak lelaki dan neneknya. FOTO Aziah Azmee

RUANG makan untuk keluarga. FOTO Aziah Azmee
RUANG makan untuk keluarga. FOTO Aziah Azmee

Kini, selepas tiga tahun memiliki kediaman sendiri, Noazlina dan Fathullah turut mendisiplinkan tiga anak mereka dari segi kekemasan dan kebersihan di rumah tidak kira ruang tamu, bilik tidur, dapur atau bilik air sekalipun.

Menurut Norazlina, pemilihan warna bumi iaitu campuran kelabu dan coklat lembut itu ditetapkan di ruang tamu dengan padanan hijau lembut.

Pokok tiruan turut digunakan sebagai aksesori pelengkap di beberapa sudut selain bingkai gambar dan cermin yang menampakkan ruang itu lebih luas.

Manakala tiada warna spesifik ditetapkan untuk ruangan lain seperti dapur dan bilik tidur.

Tidak juga mengehadkan sebarang jenama perabot atau aksesori, Norazlina bagaimanapun mengakui lebih tertarik dengan barangan IKEA disebabkan harga yang berpatutan khususnya barangan ‘As Is’.

“Kebanyakan perabot dan aksesori hiasan dalaman IKEA kami dibeli dari ruangan ‘As Is’ dan ketika promosi selain barangan ‘preloved’ yang dijual orang lain menerusi beberapa ‘group’ dekorasi di Facebook.

“Sambil membeli, secara tidak langsung saya juga mendapat ilham dekorasi daripada

‘group’ berkenaan disebabkan ramai ahli tidak lokek untuk kongsi idea serta dekorasi kediaman mereka.

“Saya dan suami tidak menetapkan apa-apa tema untuk kediaman kami, asalkan tidak lari jauh dari warna pilihan kami dan sedap mata memandang, sudah mencukupi,” katanya.

NORAZLINA dan Fathullah bersama anak kedua dan bongsu di kediaman mereka di Rawang, Selangor. FOTO Aziah Azmee
NORAZLINA dan Fathullah bersama anak kedua dan bongsu di kediaman mereka di Rawang, Selangor. FOTO Aziah Azmee

Bagi Fathullah pula, keselesaan menjadi perkara penting untuk penghuni kediaman dan ini termasuklah menerusi dekorasi menarik.

Selain mahukan dekorasi yang nampak lebih alami dan semula jadi, jelasnya, setiap ruang juga akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Misalnya di tepi tangga, kami wujudkan sudut belajar untuk anak-anak kerana kami mahu bilik tidur mereka menjadi ruang untuk istirehat dan persalinan saja.

“Memandangkan kami juga memelihara kucing, amat penting untuk pastikan tiada bau yang tidak menyenangkan. “

Oleh itu, setiap hari memang kami akan buang najis dan bersihkan sangkar.

“Alhamdulillah, kadangkala ada tetamu yang hanya tahu kami pelihara kucing selepas melihat kucing kami berkeliaran di dalam rumah kerana katanya tiada langsung bau atau bulu kucing di mana-mana,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 7:00 AM
Digital NSTP Subscribe