X
PANEL penyerap bunyi untuk memastikan bilik tidur anda kekal tenang dari bunyian luar. FOTO Ihsan IKEA
PANEL penyerap bunyi untuk memastikan bilik tidur anda kekal tenang dari bunyian luar. FOTO Ihsan IKEA
BILIK tidur yang selesa membantu anda mendapat tidur yang cukup. FOTO Ihsan IKEA
BILIK tidur yang selesa membantu anda mendapat tidur yang cukup. FOTO Ihsan IKEA
Fairul Asmaini Mohd Pilus


UMUMNYA secara purata, kita menggunakan satu pertiga daripada hidup untuk tidur.

Tidak dapat dinafikan bahawa tidur adalah penting untuk tubuh kita sama seperti makan, minum dan bernafas.

Namun, tahukah anda bahawa tidur malam yang mencukupi membuatkan kita berasa lebih segar dan bertenaga?

Kita juga lebih peka dan gembira kerana tidur pada sebelah malam yang mencukupi dapat membantu memulihkan kesegaran dan kesihatan tubuh.

Sempena sambutan Hari Tidur Sedunia, IKEA Malaysia (IKEA) tampil memperkenalkan pelbagai barangan kelengkapan bilik tidur terbaharu bagi membantu orang ramai mendapatkan tidur malam yang mencukupi dan berkualiti.

PILIHAN langsir Majgull untuk pastikan bilik tidur kekal nyaman. FOTO Ihsan IKEA
PILIHAN langsir Majgull untuk pastikan bilik tidur kekal nyaman. FOTO Ihsan IKEA

Menurut IKEA, orang ramai sering terlupa keperluan elemen sampingan bilik tidur yang sebenarnya turut menyumbang kepada kualiti tidur seseorang.

Elemen itu termasuk aspek keselesaan, suhu, bunyi, kualiti udara dan pencahayaan.

Ini kerana sejauh mana anda berasa selesa pada malam hari, suhu badan dan pencahayaan antara beberapa faktor yang dapat membantu anda berehat sepenuhnya.

Jadi, jika mahu mencipta suasana tenang di bilik tidur, apa kata lakukan sedikit perubahan bagi memastikan tidur malam anda tenang dan selesa tanpa gangguan.

Anda boleh mencuba dengan beberapa elemen daripada IKEA iaitu:

1) Keselesaan

Mencari keselesaan sepenuhnya ketika tidur pada sebelah malam mungkin lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan.

Semuanya bergantung kepada pemilihan bantal yang tepat untuk menyokong posisi tidur anda.

Selain itu, pemilihan tilam yang sesuai juga penting bagi memastikan badan anda selesa dengan suhu persekitarannya.

Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah barangan daripada IKEA.

BANTAL ergonomik membantu anda mendapat tidur yang berkualiti. FOTO Ihsan IKEA
BANTAL ergonomik membantu anda mendapat tidur yang berkualiti. FOTO Ihsan IKEA

2) Suhu dan bunyi

Mewujudkan suasana yang tenang membolehkan anda berehat dengan sepenuhnya.

Justeru, penting untuk memastikan suhu di kamar tidur anda kekal nyaman dan boleh memasang langsir Majgull daripada IKEA.

Selain itu, jika anda seorang yang mudah tersedar apabila mendengar bunyi, panel penyerap bunyi, Oddlaug sesuai dipasang di bilik tidur.

KEADAAN bilik tidur selesa memainkan peranan utama. FOTO Ihsan IKEA
KEADAAN bilik tidur selesa memainkan peranan utama. FOTO Ihsan IKEA

3) Kualiti udara

Bilik tidur yang memiliki pengudaraan baik turut membantu anda mendapatkan rehat secukupnya.

Untuk itu, anda boleh meletakkan sepasu pokok hijau untuk membantu menapis udara dan menyah pencemaran yang tidak diingini.

BUKAN sekadar hiasan sebaliknya hijau membantu menapis udara dalam bilik tidur. FOTO Ihsan IKEA
BUKAN sekadar hiasan sebaliknya hijau membantu menapis udara dalam bilik tidur. FOTO Ihsan IKEA

4) Pencahayaan

Pemilihan langsir misalnya antara elemen penting yang memberi impak besar kepada pencahayaan bilik anda.

Justeru, anda perlu merancang sebaiknya sumber cahaya yang diperlukan.

Antaranya, dapatkan lampu meja Hektar dari IKEA untuk memastikan kamar tidur anda mendapat cahaya yang diperlukan ketika anda mahu membaca dan sebagainya.

LAMPU meja Hektar yang sesuai di bilik tidur anda. FOTO Ihsan IKEA
LAMPU meja Hektar yang sesuai di bilik tidur anda. FOTO Ihsan IKEA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 7:01 AM