MUDAH menonjolkan perabot di dalam kediaman.
MUDAH menonjolkan perabot di dalam kediaman.
Hafiz Ithnin
[email protected]iaprima.com.my

BIRU sering dikaitkan dengan bangsawan. Ia terjadi kerana masyarakat Mesir Kuno berjaya menghasilkan warna yang dikenali sebagai Egyptian Blue atau cuprorivaite.

Warna ini dipandang tinggi dan digunakan dalam barang perhiasan diri, seramik, patung bahkan di dalam makam firaun. Oleh sebab itulah, warna itu kemudian dikaitkan dengan kerabat diraja, sebagai simbol prestij dan kedudukan.

Perkara itu diulas syarikat pengeluar cat AkzoNobel yang turut menjelaskan satu ketika dahulu, satu-satunya cara untuk menghasilkan warna biru adalah dengan mengikis pigmen warna daripada batu permata sukar dijumpai.

Kesukaran untuk menjumpai batu permata ini juga bermakna hanya mereka yang berkemampuan sahaja mempunyai akses kepada warna berkenaan.

Lama-kelamaan, warna biru mula berkembang dan kini dianggap sebagai salah satu warna yang popular. Ia disokong tinjauan yang dilakukan AkzoNobel baru-baru ini, dengan 21 peratus responden memilih warna biru sebagai warna pilihan utama mereka, sambil menyatakan warna biru sebagai warna yang memberi paling banyak keseronokan.

Hasil tinjauan itu juga menunjukkan bahawa biru adalah salah satu daripada warna utama yang membantu meningkatkan mood.

RONA biru mempunyai sejarah yang panjang dan sentiasa mendapat pilihan ramai.
RONA biru mempunyai sejarah yang panjang dan sentiasa mendapat pilihan ramai.

Kemungkinan besar inilah sebabnya mengapa warna biru disarankan di lokasi yang resah dan tertekan seperti pejabat. Penggunaan lain untuk warna biru adalah di ruang tamu.

Katanya, di ruang itu keluarga biasanya menghabiskan masa mereka bersama dan warna biru membantu mengatur mood untuk perbualan santai sambil mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

"Biru juga bersifat versatil dan serasi bergandingan dengan warna-warna lain seperti putih, kelabu dan hijau. Biru itu sendiri mempunyai 24 nada warna, memberikan anda banyak pilihan.

Nada biru yang berbeza juga boleh digunakan sebagai ekspresi kemewahan dan jika digunakan sebagai penyerlah dalam ruangan, boleh memberikan hasil akhir yang mempunyai kelas tersendiri dan sofistikated.

Warna biru tua sejati umpamanya boleh mencetuskan nuansa bangsawan yang mendalam, di samping memberikan sentuhan tersendiri kepada ruang berkenaan.

Sekiranya anda mencari inspirasi berkenaan cara menggunakan warna biru di tempat tinggal anda, jangan risau kerana AkzoNobel, pengeluar jenama cat hiasan terkemuka Dulux, hadir untuk membantu anda.

RONA yang mampu mendamaikan kediaman.
RONA yang mampu mendamaikan kediaman.

Dengan nada warna biru yang berbeza, ruang di rumah anda boleh berubah untuk menjadi tempat santai menenangkan. Putih dan biru adalah gabungan klasik yang terus bertahan dalam merentas ujian masa.

Beberapa barangan, seperti tembikar, didapati dicat dalam kombinasi ini, daripada corak China kuno hinggalah ke corak 'Slavic' abad ke-18. Gandingan ini masih digunakan secara meluas oleh penghias terkenal pada masa kini.

Disebabkan warna biru terdapat dalam corak dan perincian kecil, ia meningkatkan kesan putih dengan melebarkan ruang serta menjadikan bahagian dalam lebih luas.

Malah warna yang lebih gelap seperti biru kelasi boleh dipadankan dengan warna putih untuk menjadikan bilik lebih kecil tampak lebih luas, kombinasi warna seperti ini boleh menyerlahkan lagi ruang tamu.

BILIK kanak-kanak juga sesuai dengan rona biru
BILIK kanak-kanak juga sesuai dengan rona biru

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 6:25 AM