DEKORASI di bahagaian dapur mengambil masa lama.
DEKORASI di bahagaian dapur mengambil masa lama.
Muhamaad Razis Ismail

Rumahku Syurgaku. Antara ungkapan yang turut dikaitkan dengan penataan ruang dalaman sesebuah kediaman.

Tentunya juga, sesiapa pun pasti menginginkan ruang yang tampak kemas dan tenang apabila berada dalam rumah sendiri.

Hiasan dalaman akan memberikan mood yang lebih nyaman dan lembut ketika berada di rumah selain dapat merancang penggunaan ruang dengan lebih baik dan efektif.

Bagaimanapun sebelum dekorasi dizahirkan pemilik perlu pastikan potensi ruang dan bajet yang diperlukan untuk elakkan pembaziran.

Pengarah Syarikat Interior Brothers Venture, Mohammad Khairi Kamaruddin berkata, sebelum dekorasi dihasilkan, pemilik perlu pastikan potensi ruang di dalam rumah itu.

"Sebagai contoh, di bilik tidur utama, ada ruang untuk almari pakaian. Apakah potensi keluasan yang sesuai untuk perabot terbabit.

"Kemudian buat anggaran bajet untuk renovasi dengan teliti. Lebihkan perbelanjaan kepada ruang yang banyak digunakan harian berbanding yang jarang digunakan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

MOHAMMAD KHAIRI
MOHAMMAD KHAIRI

Menurutnya, untuk menghias rumah, pemilik dinasihatkan jangan terburu-buru membeli perabot.

"Sebagai permulaan anda perlu merancang ruang perabot dengan baik dan rancang bajet renovasi dengan teliti untuk elakkan pembaziran.

"Selain itu boleh gunakan cermin dan siling yang tinggi untuk menampakkan ruang yang lebih luas," katanya.

Mengulas lanjut, perancangan betul adalah penting supaya fungsi sesebuah ruang dapat dioptimumkan.

BILIK tidur antara ruang yang perlu diberi keutamaan untuk dekorasi.
BILIK tidur antara ruang yang perlu diberi keutamaan untuk dekorasi.

"Perancangan kedudukan perabot penting supaya sesebuah ruang nampak lebih selesa dan tidak mengganggu.

"Pada masa sama, konsep dan tema juga perlu dirancang dengan baik supaya tidak bercampur aduk untuk elakkan pembaziran di kemudian hari," katanya.

Jelasnya, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan termasuk tiada perancangan bajet yang teliti.

"Mereka juga tidak menetapkan konsep yang selari dengan mencampur adukkan konsep lain kerana terlalu mengikut rujukan di Internet dan trend.

FELLAINI (dua dari kanan) menanduk gol untuk United. FOTO/AFP
FELLAINI (dua dari kanan) menanduk gol untuk United. FOTO/AFP

"Selain itu ada yang menggunakan terlalu banyak warna di dalam satu ruang dan menggunakan perabot berwarna gelap di ruang sempit," katanya.

Oleh itu, khidmat pereka hiasan dalaman memainkan peranan penting untuk mengelakkan perbelanjaan lebih dari yang sepatutnya.

"Contohnya, tanpa perancangan yang baik sebelum memulakan renovasi, akan ada pertambahan kos secara tiba-tiba di kemudian hari. Jadi akan berlaku kerja berulang dan akan ada 'cost of impact' yang perlu ditanggung.

"Pereka hiasan dalaman akan buat perancangan secara teliti dan akan pastikan tiada perkara tambahan selepas renovasi dijalankan kerana bajet sudah ditetapkan pada awalnya itu tidak akan lari jauh," katanya.

JANGAN terburu-buru beli perabot.
JANGAN terburu-buru beli perabot.

Katanya, biasanya peruntukan yang sesuai dalam hiasan dalaman ini adalah subjektif.

Berkongsi tip untuk berjimat, Mohammad Khairi berkata, hiasan yang cantik tidak semestinya menggunakan material yang mahal.

"Ada juga hiasan yang cantik menggunakan barang terpakai. Tidak perlu membeli semua perabot baru kerana ada kalanya dengan perabot lama boleh diberi nafas baru dengan mengecat semula.

"Menerusi pereka hiasan dalaman rumah, mereka akan cadangkan material mengikut bajet anda kerana banyak yang kelihatan sama namun harganya jauh berbeza," katanya.

KENAL pasti dahulu potensi ruang dan bajet.
KENAL pasti dahulu potensi ruang dan bajet.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2020 @ 6:32 AM