SATU ketika dulu, bhar boleh didapati di mana-mana di seluruh India..
TEH penting bagi kebanyakan penduduk di Kolkata, selalunya mereka akan singgah minum di kedai beberapa kali sehari.
TANAH liat yang dipanggil ‘gangamati’ digali dari Sungai Ganga dan dihantar ke Kolkata menggunakan lori atau bot.
BHAR dibuat dengan tangan menggunakan tanah liat yang digali dari sungai.
SEKUMPULAN lelaki membuat bhar di rumah.
BHAR yang sudah siap dibentuk.
SEORANG lelaki menjemur bhar yang siap dibentuk di atas bumbung rumah.
BHAR disusun di atas tempat pembakaran untuk memulakan proses pembakaran.
BHAR yang sudah siap untuk diedarkan kepada peniaga teh di Kolkata.
Agensi

Jika ditanya penduduk Kolkata bagaimana untuk mendapatkan secawan teh yang terbaik, jawapannya sudah pasti ‘bhar’.

Bhar adalah cawan kecil buatan tangan yang dibuat daripada tanah liat dan digunakan untuk menghidangkan teh susu lemak lagi manis yang dijual di jalanan di seluruh India.

Suatu masa dulu cawan kecil itu boleh didapati di mana-mana termasuk stesen kereta api, tepi jalan atau di bawah pokok rendang. Malangnya, penggunaan cawan plastik pantas menggantikannya.

Namun, di Kolkata, bekas ibu negara India, cawan itu masih digunakan. Peminum teh di sini terpesona dengan keunggulan cawan tanah liat itu kerana menganggapnya memperkaya rasa minuman selain memberikan kepuasan pada setiap hirupan.

Apabila teh itu selesai diminum, bhar dipecahkan dengan dilempar ke tanah.

Bhar penyambung tradisi Bengali yang sudah lama terbabit dalam pembuatan tanah liat. Setiap cawan dibuat tangan menggunakan tanah liat yang digali dari Sungai Ganga.

Komuniti pembuat tembikar yang mengekalkan kraf itu sejak berabad lamanya, menjualnya kepada peniaga teh di seluruh bandar yang mengendalikan gerai dari awal pagi hingga lewat petang.

Bagi penduduk Kolkata, mereka lebih suka menggunakan cawan plastik dan kertas kerana lebih murah dan mudah dikendalikan. Jadi, peniaga teh boleh menjualnya dengan harga satu atau dua rupee lebih murah berbanding menggunakan bhar.

Buat masa ini, ramai yang masih menghidangkan teh menggunakan cawan tanah liat tetapi tidak pasti berapa lama tradisi itu akan bertahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 September 2017 @ 12:38 AM