DAUH teh yang siap dikutip dibawa ke kilang untuk ditimbang.
KEBANYAKAN pekerja di ladang teh terbabit generasi keempat pendatang Tamil dari India yang dibawa penjajah Britain.
SRI Lanka pengeluar teh terbesar di dunia selepas China, India dan Kenya.
LADANG teh di kawasan tanah tinggi Sri Lanka.
HM Digital

Dalam banyak-banyak minuman, teh paling digemari di seluruh dunia malah menjadi amalan penting untuk banyak budaya.

Bagaimanapun, permintaan terhadapnya bergantung pada pasaran yang tidak menentu, sama seperti minyak dan emas.

Sri Lanka pengeksport teh keempat terbesar di dunia selepas China, India dan Kenya di samping bergantung pada industri itu untuk menggaji sejuta daripada 20.6 juta penduduknya, menurut Lembaga Teh Sri Lanka.

Industri teh menyumbangkan 17 peratus kepada eksport Sri Lanka.

Pengimport terbesar teh Ceylon dari negara itu adalah Russia dan anggota bekas Kesatuan Soviet lain. Iran, Iraq dan Syria juga antara pengimport terbesar teh Sri Lanka tetapi konflik yang melanda negara berkenaan memberi kesan terhadap industri itu.

Penganalisis pasaran mendapati peningkatan permintaan terhadap teh di pasaran besar seperti Amerika Syarikat, di mana pengguna yang mementingkan kesihatan mencari alternatif lebih sihat bagi menggantikan minuman bergas.

Selain itu, golongan muda turut menunjukkan minat terhadap teh yang mempunyai rasa atau kesan khusus, manakala produk teh segera juga kini semakin mendapat sambutan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 2:58 AM