ALIFF bersama sajian menarik Cat Signature Cafe.
ALIFF bersama sajian menarik Cat Signature Cafe.
Nurul Husna Mahmud


Cat Signature Cafe & Studio di Bandar Baru Bangi, Selangor, menampilkan konsep kafe unik apabila medan sajian dan studio kucing ditempatkan dalam satu bangunan. Kafe hipster berkenaan menyajikan hidangan Thai tampil kreatif dengan tema dekorasi mesra kucing bagi menghiasi segenap ruangnya.

Tidak menjemukan, masa terluang pengunjung ketika menjamu selera diisi dengan mengunjungi studio kucing terletak di tingkat atas kafe berkenaan dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM7 buat kanak-kanak bagi tempoh 45 minit.

HIASAN comel bertema kucing di dalam kafe.
HIASAN comel bertema kucing di dalam kafe.

Mengenai sajian menarik ditawarkan kepada pelanggan, tomyam serta sup Thai daging antara hidangan wajib dicuba ketika mengunjungi kafe itu. Harga sajian bermula RM7.50 untuk semangkuk mi Thai bersama sup daging. Bagi penulis, ia sungguh berpatutan dengan kualiti serta keenakan sajian dihidangkan.

Menurut pengurusnya, Aliff Danial Zaki, kafe berkenaan beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam juga mempunyai hidangan istimewa tersendiri.

MI khusus dipanggil mi Thai.
MI khusus dipanggil mi Thai.

“Cat Signature Cafe & Studio dibuka awal tahun popular dengan sajian Thai antaranya mi daging Thai yang menggunakan mi kaca atau mi Thai bersama sup daging direneh dengan rempah khas serta pilihan sayur ringkas.

“Dalam senarai pilihan 30 menu ditawarkan, set hidangan Selkirk merangkumi nasi putih, tomyam campur dan telur goreng adalah sajian ‘signature’ juga mendapat sambutan pelanggan di sini.

HIDANGAN ‘taruhan’ set nasi putih bersama tomyam dan telur Selkirk.
HIDANGAN ‘taruhan’ set nasi putih bersama tomyam dan telur Selkirk.

“Inspirasi sajian terbabit daripada baka kucing dikenali Selkirk Rex yang bulunya kerinting berpintal milik tuan punya kafe ini iaitu Datin Seri Nur Syafira Mohd Zain.

Lebih 30 kucing dipelihara Nur Syafira di sini dan ada antara baka ini namanya dipetik untuk menjadi nama menu.

MENU terbaru.
MENU terbaru.

“Terbaru kami tampilkan daging dan ayam bakar bersama pencecah khas. Selain makanan, minuman kami juga popular terutama teh Thai serta bandung,” katanya.

HIDANGAN minuman di kafe.
HIDANGAN minuman di kafe.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 3:01 AM
Digital NSTP Subscribe