Anggota pasuka elit Batalion Tindakan Pantas (RAB) Bangladesh.
Anggota pasuka elit Batalion Tindakan Pantas (RAB) Bangladesh.
AFP

SERAMAI 27 lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan homoseksual di sebuah pusat komuniti di Dhaka, Bangladesh, dan polis menemui kondom serta dadah di tempat mereka berkumpul itu.

Pasukan elit Batalion Tindakan Pantas (RAB) menyerbu sebuah pusat komuniti itu dan menahan 27 lelaki dipercayai homoseks yang mengadakan perjumpaan sosial di situ.

Bangladesh mengklasifikasikan homoseks sebagai jenayah yang diamalkan sejak sejak zaman penjajahan British

Tahun lalu, dua aktivis LGBT, termasuk seorang pengarang majalah gay di negara itu dibelasah hingga mati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 7:52 PM