Serangan bom kereta di depan kedai ais krim dan pejabat pencen Iraq di Baghdad, hari ini.
AP

SEKURANG-KURANGNYA 27 terbunuh dalam dua letupan bom kereta dipercayai dilakukan militan Negara Islam (IS) di luar sebuah kedai ais krim di tengah Baghdad, Iraq, dan satu lagi bom di tengah bandar raya itu,

Serangan itu berlaku ketika tentera Iraq yang disokong Amerika Syarikat semakin hampir menawan kembali Mosul, bandar raya kedua terbesar Iraq, daripada IS.

Menurut sumber polis Iraq dan hospital, serangan pada waktu malam di luar kedai ais krim di Karrada itu membunuh 15 orang dan 27 lagi cedera.

Rakaman CCTV menunjukkan banyak kenderaan melalui jalan di depan kedai berkenaan sebelum berlaku letupan kuat dengan api meliputi kedai berkenaan.

Dalam serangan kedua, kereta yang sarat dengan bahan letupan pada waktu sibuk dekat Pejabat Pencen Awam di Shawaka, membunuh 12 orang, 23 lagi cedera.

Masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 5:57 PM