LELAKI terbabit (kiri) yang menyamar seperti wanita dan teman wanitanya. - Agensi

Harare: Seorang penjaga peperiksaan menangkap seorang lelaki yang cuba menduduki peperiksaan untuk teman wanitanya.

Portal berita NAIJ.com melaporkan, lelaki itu menyamar seperti wanita dengan memakai rambut palsu dan mekap untuk memperdaya penjaga peperiksaan.

Bagaimanapun, pegawai menyedari ada sesuatu yang tidak kena lalu memanggil lelaki berkenaan ke depan.

Selepas disoal siasat, dia akhirnya mengaku cuba menduduki peperiksaan itu untuk teman wanitanya.

Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pegawai keselamatan yang menanggalkan rambut palsunya sebelum diserahkan kepada polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 12:09 AM