Anggopta separa tentera China mengusung mangsa yang terselamat di daerah Jiuzhaigou, wilayah Sichuan. - Foto REUTERS
Agensi

KORBAN gempa bumi sekuat 7.0-magnitud yang melanda wilayah Sichuan, China, malam tadi, kini 19 orang, termasuk enam pelancong, manakala 247 lagi cedera.

Menurut Reuters, pihak berkuasa belum menyatakan negara pelancong yang terbunuh dalam gempa yang melanda kawasan penempatan 200 kilometer dari bandar raya Guangyuang.

Bagaimanapun, seorang lelaki Perancis dan seorang wanita Kanada cedera ringan.

AFP melaporkan pihak berkuasa China menganggarkan sehingga 100 orang terbunuh berdasarkan taburan penempatan serta ribuan rumah yang yang musnah atau rosak.\


Anggota pasukan bantuan berjalan kaki mengangkut membawa bantuan makanan di Jiuzhaigou, wilayah Sichuan yang terputus hubungan selepas banyak jalan raya rosak dan gambar kanan, kereta yang rosak tersadai di jalan raya di Jiuzhaigou. - Foto AFP/REUTERS

Sehingga hari ini, lebih 1,000 gegaran susulan dikesan menyebabkan orang ramai masih tidak berani pulang ke rumah.

Selain itu, satu lagi gempa bumi sekuat 6.3 magnitud melanda wilayah Xinjiang, 2,000 kilometer dari Sichuan diikuti gegaran susulan sekuat 5.2 dan 5.3 menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera.

Menurut pihak berkuasa Sichuan, 1,250 tentera digerakkan untuk kerja mencari dan menyelamat bersama ratusan kenderaan, 30 anjing pengesan dan 55 alat pengesan hidupan bawah runtuhan.\


Pelancong berkumpul di daerah Jiuzhaigou menunggu untuk dipindahkan. - Foto AFP

Pada 2008, gempa bumi 8.0 magnitude melanda wilayah Sichuan menyebabkan 87,000 orang maut atau hilang, menjadikannya bencana alam terburuk dalam sejarah China.

Gempa bumi 2008 itu menyebakan tanah runtuh, meranapkan bandar, menghalang sungai hingga menjadi tasik memaksa puluhan ribu dipindahkan bagi mengelak menjadi mangsa ‘empangan’ pecah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 5:35 PM