Pusat Perubatan Dartmouth-Hitchcock, New Hampshire dan Travis Frink, 49, ditahan ketika memandu keretanya dekat pusat perubatan berkenaan. - Foto Daily Mail
Agensi

SEORANG lelaki menembak mati ibunya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Dartmouth-Hitchcock, Lebanon, New Hampshire, semalam.

Menurut polis, Travis Frink, 49, dari Warwick, Rhode Island, akan didakwa membunuh ibunya, Pamela Ferriere, 70.

Daily Mail melaporkan, Peguam Daerah Gordon MacDonald berkata, Frink mendaftar untuk melawat ibunya pada 1 petang, semalam, dan tidak lama kemudian polis menerima laporan ada tembakan dilepaskan di ICU.

“Maklumat yang ada setakat ini tujuan Travis ke hospital ialah untuk membunuh ibunya,” katanya yang menjelaskan motif kejadian sedang disiasat.

Travis ditahan ketika hendak meninggalkan hospital berkenaan.

Pihak berkuasa tidak memberi maklumat lanjut mengenai Travis namun laporan Providence Journal pada 2013 menyatakan isteri dan anak lelakinya mati dalam kereta yang enjin masih hidup di sebuah apartmen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 8:05 PM