CHAN Chun Sing
CHAN Chun Sing
Reuters

Singapura: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Chan Chun Sing semalam berkata, dia mempunyai kewajipan untuk bersedia menjadi pemimpin baru negara itu.

Chan berkata, sesiapapun yang menjadi perdana menteri Singapura kelak tidak akan mengubah dasar negara secara drastik.

“Kami semua perlu bersedia untuk menjawat jawatan itu sekiranya diperlukan,” katanya yang juga bekas ketua tentera Singapura.

Chan berkata demikian selepas ditanya wartawan adakah dia mahu menjawat jawatan perdana menteri Singapura.

“Di Singapura, kepimpinan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bukannya jawatan yang direbutkan,” katanya.

Chan, 47, adalah beberapa pemimpin yang dikaitkan sebagai pengganti Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang pernah menyatakan hasrat bersedia untuk berundur beberapa tahun lagi.

Media Singapura membayangkan Chan sebagai calon nombor satu untuk menggantikan Lee.

Lee berkata, pemimpin baru kemungkinan sudah berada di Kabinet tetapi pilihan yang jelas masih belum muncul.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 8:37 AM