Keadaan jari kanak-kanak dua tahun di Abu Dhabi sebelum dan selepas pembedahan. - Foto  Hospital Tawam/Twitter
Keadaan jari kanak-kanak dua tahun di Abu Dhabi sebelum dan selepas pembedahan. - Foto Hospital Tawam/Twitter
Agensi

SEORANG kanak-kanak perempuan dua tahun di Abu Dhabi yang sukar menggunakan tangan kanannya kerana dilahirkan dengan ibu jari cacat, kini mendapat ibu jari baru yang diganti dengan jari telunjuknya.

Menurut kenyataan Hospital Tawam di Al Ain, kanak-kanak itu dilahirkan dengan ibu jari tidak mempunyai tulang dan menjalani pembedahan mengambil jari telunjuknya untuk dijadikan ibu jari.

Selepas pembedahan, kanak-kanak itu hanya mempunyai empat jari.

Pihak hospital terbabit tidak menyatakan bila pembedahan itu dilakukan atau berapa lama diambil namun pakar bedah plastik, Dr Ammar Al Daman, berkata ia amat berjaya.

Menurut Daily Mail, ibu kanak-kanak berkenaan amat bersyukur dengan kejayaan doktor itu terutama bagi memastikan anaknya tidak melalui isu psikologi akibat kecacatannya.

Menurut kenyataan hospital itu, iu jari serta tangan kanan-kanak terbabit kini berfungsi semakin baik.

Pengarah hospital, Dr Abdullah Al Naqshbandi, berkata prosedur pembedahan itu menonjolkan perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 3:52 PM