GAMBAR hiasan. FOTO AFP
AFP

PENGGUNAAN bitcoin dilarang dalam Islam, kata Mufti Besar Mesir yang turut memberi amaran mata wang maya itu boleh digunakan untuk kegiatan jenayah.

Shawqi Allam dalam keputusannya berkata, bitcoin menimbulkan "risiko tinggi kepada individu dan negara."

Ia boleh menyediakan "sumber kewangan yang stabil dan selamat untuk pengganas dan kumpulan jenayah," katanya.

Pengeluaran mata wang adalah "hak mutlak" institusi kewangan dan "satu daripada fungsi paling khusus negara," katanya.

Bitcoin adalah mata wang maya yang dihasilkan daripada kod komputer. Ia dan mata wang maya lain menggunakan ‘blockchain’ yang mencatatkan transaksi dan dikemas kini dalam masa nyata pada lejar dalam talian dikendalikan oleh rangkaian komputer.

Nilainya melonjak setinggi AS$19,500 (RM77834.25), Disember lalu daripada kira-kira $1,000 (RM3991.50) pada Januari 2017. Namun, nilainya menurun sejak beberapa siri amaran daripada kerajaan dan penganalisis berhubung risiko dan ketidaktentuan kriptografi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 11:50 AM