Dua kren digunakan bagi mengangkat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan tambang murah Turki, Pegasus Airlines, yang terbabas di Lapangan Terbang Trabzon, Turki, hari ini. - Foto REUTERS/AFP
AFP

DUA kren digunakan hari ini, bagi mengangkat pesawat Boeing 737-800 milik Pegasus Airlines yang terbabas dan tersangkut di tebing Lapangan Terbang Trabzon, Turki, Ahad lalu.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, operasi menggunakan dua kren yang dibawa dari Ankara dan Samsun itu berlangsung selama 11 jam.

Kabel dibelit sekeliling badan menjadi seperti buaian sebelum pesawat itu diangkat yang mengambil masa dua jam sebelum pesawat itu diturunkan ke tanah mendatar di tepi landasan.

Tangki minyak pesawat dikosongkan sebelum bagasi dan barangan penumpang dikeluarkan.


Selepas lima hari, kerja mengangkat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan tambang murah Turki, Pegasus Airlines, di Lapangan Terbang Trabzon, Turki, dilakukan hari ini. - Foto AFP

Semua 162 penumpang, empat anak kapal dan dua juruterbang terselamat dalam kejadian yang dianggap luar biasa kerana pesawat tidak menjunam ke dalam Laut Hitam. Namun, tayarnya tersangkut menyebabkan pesawat tergantung.

Juruterbang memberitahu penyiasat pesawat kehilangan kuasa daripada satu enjin ketika bergerak untuk berlepas menyebabkan ia berpusing dan terbabas. Satu daripada enjin pesawat tertangggal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 5:42 PM