Nisha Devidas dan gambar tengah, Nikhil Borkar yang dikatakan bekas teman lelakinya. - Foto Daily Mail
Nisha Devidas dan gambar tengah, Nikhil Borkar yang dikatakan bekas teman lelakinya. - Foto Daily Mail
Agensi

TIDAK tahan diperas ugut bekas kekasih, seorang wanita di Maharashtra, India, yang bakal berkahwin bulan depan, merakam perbuatannya minum racun dan menghantar rakaman berkenaan kepada lelaki itu.

Menurut laporan media India semalam, wanita itu dikenali sebagai Nisha Devidas dilihat minum cecair hitam dalam rakaman berkenaan di rumahnya di perkampungan Rohini.

Nisha yang sepatutnya berkahwin pada 4 Februari ini, dikejarkan Hospital Daerah Bhandara namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Menurut Daily Mail, abangnya, Ravi Kavle, mendakwa Nisha tidak tahan diperas ugut bekas kekasihnya dikenali sebagai Nikhil Borkar lalu memutuskan untuk membunuh diri.

Namun, tidak diketahui peras ugut yang bagaimana dimaksudkan itu.

“Lelaki bernama Nikhil Borkar bertanggungjawab terhadap kematian adik saya.

“Dia menjalin hubungan dengan Nisha kononnya hendak berkahwin dan selepas itu mempergunakannya dan memeras ugutnya,” katanya.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 4:50 PM