BAS terbabas menyebabkan 38 mangsa maut dan 10 lagi cedera. FOTO Agensi Media Amhara
AFP

TIGA puluh lapan orang maut selepas bas dinaiki terbabas dan terjun dari tebing di utara Habsyah, kata media kerajaan, semalam.

Fana Broadcast Corporate melaporkan, dalam nahas antara pekan Dessie dan Mekane Selam itu, 28 lelaki dan 10 wanita maut.

“Sepuluh penumpang terselamat tetapi ada antara mereka mengalami kecederaan serius.”

Sementara itu, jurucakap daerah Amhara, Nigussu Tilahun mengesahkan kejadian yang berlaku pada Isnin itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 7:58 PM