Muntazer al-Zaidi akan bertanding pada pilihan raya Iraq. FOTO REUTERS
Reuters

BAGHDAD: Wartawan Iraq yang membaling kasut ke arah bekas Presiden George W Bush ketika sidang akhbar sedekad lalu bertanding pada pilihan raya, berkempen memerangi rasuah dan perbezaan mazhab yang melanda negaranya.

Muntazer al-Zaidi menjadi terkenal seluruh Iraq dan Asia Barat selepas membaling kasutnya ke arah Bush di Baghdad pada 2008, sambil menjerit: “Ini ciuman selamat tinggal daripada rakyat Iraq, anjing!”

Bush tunduk dua kali ketika kasut itu melayang melepasi kepalanya. Zaidi menjalani hukuman penjara enam bulan kerana menyerang pemimpin kerajaan yang melakukan lawatan ke negara itu.

Hari ini, Zaidi bertanding untuk Parlimen sebagai anggota pergerakan ulama Syiah, Moqtada al-Sadr yang melancarkan kempen ganas menentang tentera Amerika Syarikat ketika menyerang Iraq, tetapi kini menyifatkan dirinya sebagai penentang militan mazhab.

“Tujuan utama dan punca di sebalik pencalonan saya adalah menghapuskan rasuah dan mengusir mereka dari negara itu.

“Saya wartawan ketika membaling kasut ke arah Bush. Sebelum majlis itu dan saya tetapi menentang pencerobohan dan rasuah.

“Namun pegawai rasuah tidak mendengar rakyat yang mahu mereka tidak berbuat demikian. Jadi, saya memutuskan untuk menceburi politik,” katanya dalam temubual.

Zaidi berkata, beliau melarang posternya daripada sebarang imej kejadian membaling kasut yang membuatkannya popular.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 10:40 PM