FOTO arkib NSTP
Reuters

APLIKASI sosial media WeChat mengeluarkan laman mencari ‘sugar daddy’ SeekingArrangement dari pangkalannya, selepas kenaikan populariti perkhidmatan mendapat perhatian media tempatan di China.

Pangkalan laman mencari pasangan untuk mendapatkan wang itu dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 2006.

Laman SeekingArrangement (SA) membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki berusia yang kaya.

“Di SA, kami berbangga membantu anda mencari ‘Sugar Daddy’ paling pemurah. Bil dibayar, hadiah yang banyak dan keseronokan berganda,” kata laman web AS itu.

Sejak semalam, aplikasi itu menjadi rangkaian sosial percuma paling banyak dimuat naik untuk pengguna iOS di China mengatasi aplikasi Tencent Holdings Ltd WeChat.

Akaun pengguna SeekingArrangement dalam WeChat hilang minggu ini ketika kemuncak populariti hingga mencetuskan perbandingan dengan pelacuran di China.

Global Times melaporkan, pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat operasi tempatan aplikasi itu.

WeChat yang mempunyai kira-kira 1 bilion pengguna aktif setiap bulan adalah perkhidmatan atas talian terkenal di China dan penyingkiran memutuskan saluran utama pengguna untuk SeekingArrangement.

Tencent dan SeekingArrangement China tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta berbuat demikian.

Tindakan itu menyorot tekanan pengawalseliaan di laman media sosial China untuk mewujudkan masyarakat dalam talian yang sihat.

Pada masa sama ia menentang kandungan yang jelas atau bertentangan dengan peraturan Parti Komunis.

Bagaimanapun, aplikasi SeekingArrangement masih boleh didapati di aplikasi simpanan China.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 6:47 PM