KEADAAN bangunan yang musnah di Derna Libya pada 13 Jun lalu. Foto REUTERS
KEADAAN bangunan yang musnah di Derna Libya pada 13 Jun lalu. Foto REUTERS
Reuters

EMPAT anggota keselamatan Libya terbunuh apabila pengebom nekad yang membawa bendera putih meletupkan kenderaan yang dipandunya ketika melalui kawasan dikawal sekumpulan tentera di bandar Derna, semalam.

Jurucakap Tentera Kebangsaan Libya Khalida Haftar (LNA), Ahmed Al-Mismari berkata, pengebom nekad itu meletupkan kereta Chevrolet putih yang dipenuhi dengan bahan letupan ketika mendekati anggota keselamatan di tengah Derna, selepas diminta meninggalkan kawasan berkenaan.

LNA dilaporkan sedang berjuang untuk menguasai Derna iaitu bandar terakhir di timur Libya yang masih belum dikuasainya selepas melancarkan serangan darat terhadap tentera pakatan tempatan dan militan Daesh bulan lalu.

Menurut penduduk tempatan, pertempuran terus meletus di tengah Derna sehingga semalam, di sekitar kejiranan Al-Maghar iaitu lokasi musuh LNA sedang mendapatkan perlindungan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebelum ini memberi amaran bahawa pertempuran itu akan menjejaskan kira-kira 125,000 penduduk Derna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 8:03 AM