ANTHONY Bourdain. FOTO AFP
ANTHONY Bourdain. FOTO AFP
Reuters

PIHAK pendakwaan Paris mengesahkan tiada dadah atau alkohol ditemui dalam sistem badan cef terkenal Amerika Syarikat, Anthony Bourdain yang ditemui mati kerana membunuh diri di bilik hotel di Perancis, awal bulan ini.

Bourdain, 61, adalah pengacara rancangan siri masakan dan pengembaraan terbitan CNN bertajuk ‘Parts Unknown.’

Sebelum ini, beliau pernah mendedahkan secara terbuka penggunaan dadah dan ketagihan terhadap heroin pada peringkat awal kehidupannya.

“Tiada tanda penggunaan dadah, tiada tanda produk bertoksin, tiada tanda ubat-ubatan, tiada tanda penggunaan alkohol,” kata pendakwa, Christian de Rocquigny kepada Reuters.

Sementara itu, Bourdain memulakan kerjayanya sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran di New York, sebelum memperoleh kemasyhuran hingga berpeluang makan bersama bekas Presiden Barack Obama.

Beliau dilapor menggantung diri di sebuah bilik hotel berhampiran Strasbourg, Perancis.

Menurut CNN, beliau berada di Perancis bagi merakamkan episod terbaru siri televisyen kendaliannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 12:08 PM