Lelaki Russia maut selepas berus jamban menembusi tengkoraknya. FOTO east2west news
Daily Mail

Moscow: Lelaki maut selepas tergelincir dalam bilik air dan terjatuh ke atas berus pencuci tandas menembusi tengkorak menerusi mata kanan.

Pesakit meninggal dunia selepas tidak terjaga dari koma selepas dibedah akibat terjatuh dalam tandas. FOTO east2west news

Gambar ngeri menunjukkan mangsa berusia 60 tahun itu terbaring di katil hospital di Moscow dengan berus yang berlumuran darah masih terjulur dari kepalanya.

Pakar bedah terpaksa ‘mengopek tengkorak mangsa’ untuk mengeluarkan pemegang berus berkenaan, lapor Daily Mail.

Namun keadaannya semakin teruk dan meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana tidak sedar daripada koma.

Akhbar tempatan, Moskovsky Komsomolets melaporkan, mangsa tergelincir pada lantai bilik air di rumahnya di Istra.

Menurut laporan, berus berkenaan dikerat tetapi pemegangnya tidak dapat terus dikeluarkan.

“Doktor mengopek tengkoraknya dan membuang serpihan tulang berkenaan sebelum mengeluarkan pemegang berus berkenaan.

“Pada mulanya pembedahan nampak berjaya, namun pesakit itu tidak terjaga dari koma dan akhirnya meninggal dunia,” lapor akhbar berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Ogos 2018 @ 8:52 PM